Thursday, June 2, 2011

Yong Tau Foo dan kawannya

Tadi ambik late lunch yong tau foo kat satu kedai yong tau foo kat the Gardens ni. Memang suka makan situ sebab sup and sambal dia sedap. Selalunya jarang ambik sayur sebab sayur dia tak menarik. Tapi tadi pergi ambik pulak sayur macam kobis kecik2 comel2 tu.Arghh tak tau nama, chinese cabbage kot.

Lebih kurang macam ni la, dia potong separuh2


So ambik set sup dengan nasi. Makan la dengan jayanya dan sedapnya. Lagipun tengah kelaparan sebab masa tu dah nak dekat pukul 3. Dah separuh makan, ternampak sesuatu yang pelik. Maka daun sayur itupun dikuis2, sekali keluar lah benda seperti gambar di bawah ini.


yer..lebih kurang macam ni tapi berwarna putih sebab dah masak kena celur..huhu


Ewww...rasa nak termuntah pun ada. Lepas tu boleh pulak terfikir, oh..sayur kalau ada ulat maksudnya sayur tu elok. Maka meneruskan makan, sebab sangat lapar dan menutup cacing tersebut dengan tisu..huhu. Tapi masa makan, masih terbayang2, maka telah memberhentikan proses pemakanan. :( Sebab terfikir, cacing itu telah mati kerana dicelur dalam air yang panas, lepas tu kuman2 yang ada kat cacing u telah merebak ke dalam sup.. eurghhh...

Maka, tinggalkan makanan beserta cacing dalam dulang dan berlalu pergi mencari makanan lain. Hmm kalau orang lain macamana ye, teruskan makan or berhenti serta merta.

Sekarang masa tengah menulis post ni, rasa macam gatal2 lak tekak.. wekkk :(

Taknak lah makan kat situ dah walaupun sedap.. wekkk.. yelaa, manala diorang perasan kan cacing tu duk di celah2 sayur..tapi..err.. tetapp wekk jugak :(