Wednesday, September 26, 2012

Tempat makan best sekitar Shah Alam

Selalu kan kalau google, susah nak jumpa senarai tempat2 makan menarik atau best sekitar Shah Alam kan. Kena masuk website, blog sana sini baru la boleh buat senarai sendiri. Tu pun banyak tak up to date sangat info dia kan. So, kat sini adalah senarai2 tempat makan menarik atau best sekitar shah alam.

  • Seksyen 3 :
    • Restoran Syed Kadir - best for breakfast, try dia punya poori, pandora capati dengan appom
    • Restoran Ceria - Nasi lemak dengan cakoi dia sedap cicah dengan kaya lagi
    • Serai Thai - tomyam dia sedap jugak (same company dengan Serai Empire)
  • Seksyen 7 :
    • Wong solo 
    • Big taste (sebelah Fareeda) - fish n chip and carbonara dia sedap :)
    • Restoran Haji Sharin Low (berdekatan dengan Sekinchan Ikan Bakar)
    • Jemari (sedap jugak tapi agak mahal sikit)
    • Restoran Garuda (tak berapa best, mahal tapi menarik hehe)
    • Mak Jah (dekat area Pak Li) - breakfast lontong dengan nasi lemak dia sedap. nasi lemak dia memang berlemak lah, berkilat2 lagi nasi dia tu. rendang ayam dia pun sedap.
    • Ayam kampung (sebelah klinik dr. Rosli area Pak Li) - breakfast + lunch memang sedap
    • Mamak Hakim - ayam goreng dia terbaekkk
    • Restoran Barra - try nan cheese dengan nasi goreng ayam - best!
    • D'arab cafe (anjung 7, belakang unisel) - bestest nasi arab dengan harga yang berpatutan.
    • Nasi kukus ayam berempah anjung 7 - lunch dan dinner, datang awal kalau tak beratur :)
    • Burger bakar Yazid (anjung 7) - berger bakar 500gm, sekilo pun ada.
    • Mee Ketam (anjung 7) - mee kari ketam ada, mee kari udang galah pun ada. 
    • Lontong Klang (barisan kedai belakang unisel menghadap rumah)
  • Seksyen 8 :
    • Kedai Soto - 4 lot kedai kot dia ambik, lauk bertimbun tapi macam tak menarik. tapi sentiasa ramai orang :) boleh la nak cuba
    • Capati (gerai medan selera belakang kedai soto) - capati terbaekk di shah alam dan kawasan sekitar, makan pulak dengan kari ayam atau kari ikan dia..perghhh.. sambal sardin dia pun sedap. Datang awal, kalau lambat habis (buka untuk breakfast je)
  • Seksyen 9 :
    • Cili merah - breakfast roti jala dia sedap! lunch pun banyak lauk sedap2
    • Zam Zam - try nasi beriyani ayam dia sedap. Nasi mandy, khabsah pun sedap.
    • Nasi arab Hadramaut (satu bangunan dengan Concorde hotel) - nasi arab dengan lamb dia sedap. tapi harga agak mahal sikit, dan kedai dia sunyi je takde orang haha
    • Nyonya Kitchen (Plaza Masalam) - ikan gerang asam (ke asam pedas) sedap!!
    • Famous Thai (Plaza Masalam) 
  • Seksyen 10 :
    • Restoran Azira - selection menu utk breakfast dan lunch yang banyak
    • Restoran Hatinie - lauk tengahari banyak choice
    • Nasi Ayam Pak Mal (restoran)
  • Seksyen 11 :
    • Nasi Ayam Pak Mal (gerai belakang caltex) - terkenal sejak berkurun hehe
    • Night Circle - Nasi bubur berlauk sedap
  • Seksyen 13 :
    • Homst (belakang tesco extra) - chinese muslim
    • Upin Ipin  (belakang tesco extra) - satay dia sedap
    • Qaseh Bistro (belakang tesco extra) - macam2 makanan ada sini 
    • Kafe Warisan (laman seri) - Cucur ikan bilis dan lempeng kelapa yang sedap
    • Mexican grill (laman seri) - western food yang macam tempat2 mahal, tapi dengan harga murah. 
    • Mr. Steak House (laman seri) - Western food yang murah dan sedap dan sentiasa ramai orang.
    • Laman grill (laman seri) - restoran kepunyaan chef Zubir yang masterchef tu. Western food, pasta2 yang sedap. Semua sedap tapi harga agak mahal, standard harga dekat Chilis, Tony Romas macam tu la. Try Meat Lover's combo platter bagi pencinta daging. memang macam2 jenis masakan daging ada dan hasilnya adalah sangat kenyang hehe
    • Mon Rod (laman seri) - malam2 ada live band seronok utk lepak2
    • Cendol penang (dalam Giant foodcourt) - sedap dan portion yang sangat banyak
    • Nasi lemak cinta sayang - sentiasa ramai 
    • Restoran Hasan ayam kampung - nasi campur bertema lauk2 pantai timur dengan ayam kampung goreng yang very juicy, letak je habis, letak je habis. Seketul tak cukup sorang. Kena ambik berketul2 hihi
    • D'Kayangan Steambot - selection dia banyak giler, siap ada grill2 lagi
    • Tupai-tupai - suasana kedai menarik, romantik2 gitu. Steamboat situ pun sedap.
  • Seksyen 14 : 
    • Uncle K (sacc mall)
    • The teapot deli (sacc mall) - makanan ala inggeris, fish pie, scones, quiche, beef pie yang isi2 dagingnya besar. Roasted chicken yang the bestest. Nasi tomato (jumaat dan sabtu) yang tersangat best macam makan dekat rumah. 
    • Restoran Tasik Indah - restoran ni menarik sebab atas tasik shah alam tu, belakang plaza alam sentral. makanan sedap2. try their bamboo fish, ikan hodoh tapi isi sedap hehe
  • Seksyen 15 :
    • Adam Lai - chinese muslim restaurant. masakan dia semua sedap2..serius ni!
    • Restoran Temerloh Catering - kalau nak makan ikan patin masak tempoyak boleh la mai sini. sedapppp
  • Seksyen 16 :
    • Cendol Pak Akob (depan masjid) - cendol simple tapi sedap, popular sejak sekian lama.
So apa lagi boleh la kome2 try nanti ye. Nak tau lebih lanjut sila la google ye memasing.

**punya la panjang list. Senarai2 restoran ni mana yang pernah dicuba je tau, selain dari ni yang tak pernah dicuba takde la dalam list. Tapi ada jugak yang tak termasuk dalam list sebab tak sedap.hehe.

Eyeliner kesayangan

Saya bukan jenis yang rajin dan pandai pakai eyeliner. Biasa kalau pakai pun time nak pergi kenduri ataupun bila mood rajin datang. :) So far, hanya satu eyeliner ni je yang betah dengan mata ni dan kulit persekitarannya. Dah try pakai pencil, tapi in the end akan smudge dan jadi mata panda haha. Sehinggalah diperkenalkan dengan eyeliner yang paling mudah dan best ni. 

 Terimalah -------> Loreal Super Liner 


The bestest and easiest eyeliner to use. Rasanya dah lebih 3 tahun pakai eye liner kesayangan ni. Dia punya tip tu dari felt, so dia agak keras yang tak berapa keras, so senang nak lukis kat eyelid. Dah pernah try jenis brush, tapi since brush dia lembut, maka dia akan menjadi liar dan bulu2 berkeliaran dan end up garisan akan jadi comot dan tak lurus :( sedih! tapi ini tidak lagi berlaku bila guna Super Liner ni. Korang cuba lah ye. Tapi susah sikit nak dapat sekarang ni, ikut nasib la kalau ada. Tapi sekarang rupa dia dah tak macam kat atas, tapi dia macam kat bawah ni, color gold dan hitam. cantik sangat!




Disclaimer : Sumber image adalah encik google.

Thursday, June 2, 2011

Yong Tau Foo dan kawannya

Tadi ambik late lunch yong tau foo kat satu kedai yong tau foo kat the Gardens ni. Memang suka makan situ sebab sup and sambal dia sedap. Selalunya jarang ambik sayur sebab sayur dia tak menarik. Tapi tadi pergi ambik pulak sayur macam kobis kecik2 comel2 tu.Arghh tak tau nama, chinese cabbage kot.

Lebih kurang macam ni la, dia potong separuh2


So ambik set sup dengan nasi. Makan la dengan jayanya dan sedapnya. Lagipun tengah kelaparan sebab masa tu dah nak dekat pukul 3. Dah separuh makan, ternampak sesuatu yang pelik. Maka daun sayur itupun dikuis2, sekali keluar lah benda seperti gambar di bawah ini.


yer..lebih kurang macam ni tapi berwarna putih sebab dah masak kena celur..huhu


Ewww...rasa nak termuntah pun ada. Lepas tu boleh pulak terfikir, oh..sayur kalau ada ulat maksudnya sayur tu elok. Maka meneruskan makan, sebab sangat lapar dan menutup cacing tersebut dengan tisu..huhu. Tapi masa makan, masih terbayang2, maka telah memberhentikan proses pemakanan. :( Sebab terfikir, cacing itu telah mati kerana dicelur dalam air yang panas, lepas tu kuman2 yang ada kat cacing u telah merebak ke dalam sup.. eurghhh...

Maka, tinggalkan makanan beserta cacing dalam dulang dan berlalu pergi mencari makanan lain. Hmm kalau orang lain macamana ye, teruskan makan or berhenti serta merta.

Sekarang masa tengah menulis post ni, rasa macam gatal2 lak tekak.. wekkk :(

Taknak lah makan kat situ dah walaupun sedap.. wekkk.. yelaa, manala diorang perasan kan cacing tu duk di celah2 sayur..tapi..err.. tetapp wekk jugak :(

Saturday, March 19, 2011

Nasi padprik daging

Dah lama tak makan nasi padprik. Tadi kat fb nampak status kawan katanya malam ni makan nasi padprik bersama milo tabur. Fuhh giler tak terliur mendengarnya?

Maka tadi dengan tak semena2 telah menapau nasi padprik daging. Walaupun sebenarnya adalah sangat kekenyangan. Fuhh memang sedap lah kan. Dah lama giler tak makan ni. Slrrppp.

Ok. Tu jer :)

Thursday, March 17, 2011

Kawan semasa susah? senang?

Bila senang, ditinggalkan.
Bila susah, dicari.

Ini antara jenis kawan yang ada disekeliling saya. Masa dia senang, gembira, kita ditinggalkan. Pergi mencari kawan lain untuk berkongsi kegembiraan. Kita yang ada ditepi, tidak diendahkan. Jeling pun tak mahu.

Tapi, bila susah, sedih atau ditinggalkan kawan2 semasa gembira tu, mula lah kita ni dicarinya. Kita ni pun menadah telinga mendengar segala permasalahan, menemaninya. Tapi tak lama, bila gembira semula, kembali seperti keadaan asal.

Kerana kasihan dan tak sampai hati, kita masih setia di sisi menanti masa susahnya. Kerana hanya ketika itulah dia akan kembali mencari kawan yang disisihkan ni.

Aku? Tetap di sini. Menjalani kehidupan seperti biasa.

Tuesday, March 15, 2011

Easy life? Complicated?

Kadangkala (atau selalunya) kita terpikir yang kenapa hidup ini terlalu rumit? Kenapa nampak orang lain macam ok je, best je hidup diorang. Kenapa aku takleh ada life macam tu?

Sebenarnya hidup ini tak rumit. Diri kita sendiri yang sebenarnya menjadikan ia rumit. Dalam kita tak sedar, perangai kita sendiri itu sebenarnya membatasi ke-simple-an hidup ni. Kau salahkan semua benda di sekeliling kau, semua orang2 di sekeliling termasuklah keluarga dan kawan baik sendiri. Tanpa menyedari kesalahan yang telah kau lakukan pada orang lain. Wajar kah kau meletak semua kesalahan atas peha (asyik bahu je kan :P) orang lain dan menganggap hanya kau sahaja yang betul sehingga menidakkan hak orang lain?

Bila ada yang menasihati, kau endahkan atau kau menunjuk reaksi seakan2 kau akan terima nasihat tersebut dan berubah. Tapi sebaliknya kau tetap seperti biasa dan putuskan harapan orang sekeliling untuk lihat kau berubah.

Kadangkala sesuatu kejadian itu berlaku adalah untuk menyedarkan diri kita supaya berubah dan berusaha menjadi lebih baik. Usah hanya bercakap kosong dan berjanji setinggi langit. Harus ingat, jangan berjanji jika tahu diri tak dapat nak melaksanakannya. Akan ada hati yang merana dan hampa.

Kesimpulannya berbalik pada diri sendiri. Fikir dan kaji kenapa hidup ini sebenarnya tidak rumit. :)

Monday, March 7, 2011

kopi c ais

saya mahu kopi c ais..saya mahu kopi c ais..
i'm addicted to it already. bagaimana ni?
malas mahu turun beli, tapi saya mahu.
oh tidak. harus gigihkan diri ni.