Kadangkala (atau selalunya) kita terpikir yang kenapa hidup ini terlalu rumit? Kenapa nampak orang lain macam ok je, best je hidup diorang. Kenapa aku takleh ada life macam tu?
Sebenarnya hidup ini tak rumit. Diri kita sendiri yang sebenarnya menjadikan ia rumit. Dalam kita tak sedar, perangai kita sendiri itu sebenarnya membatasi ke-simple-an hidup ni. Kau salahkan semua benda di sekeliling kau, semua orang2 di sekeliling termasuklah keluarga dan kawan baik sendiri. Tanpa menyedari kesalahan yang telah kau lakukan pada orang lain. Wajar kah kau meletak semua kesalahan atas peha (asyik bahu je kan :P) orang lain dan menganggap hanya kau sahaja yang betul sehingga menidakkan hak orang lain?
Bila ada yang menasihati, kau endahkan atau kau menunjuk reaksi seakan2 kau akan terima nasihat tersebut dan berubah. Tapi sebaliknya kau tetap seperti biasa dan putuskan harapan orang sekeliling untuk lihat kau berubah.
Kadangkala sesuatu kejadian itu berlaku adalah untuk menyedarkan diri kita supaya berubah dan berusaha menjadi lebih baik. Usah hanya bercakap kosong dan berjanji setinggi langit. Harus ingat, jangan berjanji jika tahu diri tak dapat nak melaksanakannya. Akan ada hati yang merana dan hampa.
Kesimpulannya berbalik pada diri sendiri. Fikir dan kaji kenapa hidup ini sebenarnya tidak rumit. :)
No comments:
Post a Comment