Thursday, March 17, 2011

Kawan semasa susah? senang?

Bila senang, ditinggalkan.
Bila susah, dicari.

Ini antara jenis kawan yang ada disekeliling saya. Masa dia senang, gembira, kita ditinggalkan. Pergi mencari kawan lain untuk berkongsi kegembiraan. Kita yang ada ditepi, tidak diendahkan. Jeling pun tak mahu.

Tapi, bila susah, sedih atau ditinggalkan kawan2 semasa gembira tu, mula lah kita ni dicarinya. Kita ni pun menadah telinga mendengar segala permasalahan, menemaninya. Tapi tak lama, bila gembira semula, kembali seperti keadaan asal.

Kerana kasihan dan tak sampai hati, kita masih setia di sisi menanti masa susahnya. Kerana hanya ketika itulah dia akan kembali mencari kawan yang disisihkan ni.

Aku? Tetap di sini. Menjalani kehidupan seperti biasa.

No comments: