Wednesday, December 2, 2009

Salam mengarut

Sejak blog ni dibuka sampai sekarang, baru la berkesempatan nak menulis.Ok jangan bagi banyak alasan, senang cerita = malas.titik.

Sebelum ni menulis di blog lain, tapi nampaknya blog tu terlampau terbuka.Semua orang dah kenal siapa penulisnya.Tak salah tu.Tak ada sapa cakap salah.Tapi bila orang dah kenal, nak menulis jadi susah. Terbatas je rasanya. Lebih baik begini, di sini tiada siapa tahu. Tapi kalau ada jugak yang tahu, tak apa.tak ada salahnya. Cuma penulis adalah seorang yang penyegan teramat. Kerana saya adalah cuma orang biasa yang tiada apa2.

Blog ni bukan blog ilmiah, juga bukan blog sastera mahupun politik. Cuma tempat untuk penulis meluah perasaan, berkongsi cerita dan juga mengarut :) Bukan blog serius, tapi penulisan mengikut mood tuan tanah. Kalau hampa atau bosan tidak mengapa, banyak lagi tempat persinggahan yang lain. Hidup mesti gembira, nyahkan saja perasaan lain. Walaubagaimanapun, penulis juga manusia punya hati dan perasaan. Seperti juga anda semua yang masih sudi berada di sini.

Kalau ada salah dan silap, haraplah dimaafkan kerana saya bukan sempurna.

Ok.cukuplah tu mengarut.

No comments: