Semalam pergi tengok wayang citer Haunted Universities kat gsc midvalley. citer tu boleh tahan lah, best jugak. tapi sekarang ni bukan nak cerita pasal movie tu tapi pasal kejadian masa beratur membeli tiket. ok, semalam pergi tengok dengan sorang ofismate ni. so kami berdua pun beratur la walaupun barisan dia punya panjang, cerita dah nak start lagi setengah jam. tawakal je la masa tu harap sempat la tengok kan..
so masa tengah beratur ni, kira kitorang dah kat tengah2 la. tiba2 datang sorang pompuan ni berdiri tepi pagar dia tu. nampak macam nak masuk dalam. kitorang ingatkan dia nak pergi la kat boyfren dia yang tengah beratur kat situ. tapi rupa dia macam orang 'eh nak masuk ke tanak ek..' sekali akhirnya dia masuk jugak... lepas tu tetiba je dia beratur masuk line dengan muka selambanya.. ok la, sampai takat ni mungkin biasa dah jadi kan.. korang pun mesti penah tengok kan.
tapi lepas tu, sy yang tak puas hatinya sebab dia potong barisan (dia potong beberapa org jugak la depan kami), terusla cakap ngan kawan dengan suara kuat "eiii... tak aci la macam ni, orang lain pun beratur jugak.. bengong la...!!" , pompuan tu perasan, tapi lepas tu dia tengok and senyum je.. lepas tu apa tah dia cakap ngan boifren dia yang tengah queue jugak belakang kami dengan bahasa yang kami tak paham, tetiba dia kluarkan kepala anjing dia dari henbeg elvee dia..tunjuk kat sy dengan muka menyengih dia sambil jeling kat sy...!!!dengan ekspresi muka macam 'haa..kau nak cari gaduh ngan aku ke? haa tengok la anjing kontot aku ni kalau berani'
eiii..
sajer la kan..mengada2, dia tau kita takut kat benda tu..!! disebab kan tanak carik pasal, maka saya senyap la dan malas nak pandang dia dah.. saya tengok belakang, nmpk boyfren dia tadi dah keluar barisan and duduk kat tepi dengan muka menyengih, serius muka gengster..aduss.. baikla senyap je.. karang melawan memang carik penyakit la pulak kan.. walaupun tak puas hati + geram!! tapi sabar je la..boleh pulak kan dia buat macam tu?? helloww.. kamu ingat kamu tu parih hiltong ke?
tapi takpa.. yang penting kami dapat beli tiket dulu dari dia, and tunjuk depan mata dia yang kami boleh potong dia.. tapi dengan cara yang betul la yer.. bukan cara potong2 barisan ni..
apa2pun.. memang sangat geram dengan orang macam tu... eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sib baik la movie tu best.. kalo tak, memang la kan..
ok pasal movie tu pulak, hmm seram tu memang agak seram la kan (bagi pandangan mata saya yer.. bukan mata orang lain..), saya yg tengok drama malam jumaat tu pun siap tutup mata ngan tangan.. tapi kali ni tutup mata ngan kotak pop corn.. haha..
yang best sebab citer tu ada elemen seram, sedikit lawak dan sedih..ok ending dia sangat sedih k.. rasa macam nak nanges.. tapi nanti pelik pulak orang kata, tengok citer hantu tapi nanges.. hehe..
sapa2 yang rasa suka cerita2 macam tu.. boleh la pegi tengok.. tapi harap2 tak jumpa dengan orang macam parih hiltong jadian tu.. haru je..
No comments:
Post a Comment