- Seksyen 3 :
- Restoran Syed Kadir - best for breakfast, try dia punya poori, pandora capati dengan appom
- Restoran Ceria - Nasi lemak dengan cakoi dia sedap cicah dengan kaya lagi
- Serai Thai - tomyam dia sedap jugak (same company dengan Serai Empire)
- Seksyen 7 :
- Wong solo
- Big taste (sebelah Fareeda) - fish n chip and carbonara dia sedap :)
- Restoran Haji Sharin Low (berdekatan dengan Sekinchan Ikan Bakar)
- Jemari (sedap jugak tapi agak mahal sikit)
- Restoran Garuda (tak berapa best, mahal tapi menarik hehe)
- Mak Jah (dekat area Pak Li) - breakfast lontong dengan nasi lemak dia sedap. nasi lemak dia memang berlemak lah, berkilat2 lagi nasi dia tu. rendang ayam dia pun sedap.
- Ayam kampung (sebelah klinik dr. Rosli area Pak Li) - breakfast + lunch memang sedap
- Mamak Hakim - ayam goreng dia terbaekkk
- Restoran Barra - try nan cheese dengan nasi goreng ayam - best!
- D'arab cafe (anjung 7, belakang unisel) - bestest nasi arab dengan harga yang berpatutan.
- Nasi kukus ayam berempah anjung 7 - lunch dan dinner, datang awal kalau tak beratur :)
- Burger bakar Yazid (anjung 7) - berger bakar 500gm, sekilo pun ada.
- Mee Ketam (anjung 7) - mee kari ketam ada, mee kari udang galah pun ada.
- Lontong Klang (barisan kedai belakang unisel menghadap rumah)
- Seksyen 8 :
- Kedai Soto - 4 lot kedai kot dia ambik, lauk bertimbun tapi macam tak menarik. tapi sentiasa ramai orang :) boleh la nak cuba
- Capati (gerai medan selera belakang kedai soto) - capati terbaekk di shah alam dan kawasan sekitar, makan pulak dengan kari ayam atau kari ikan dia..perghhh.. sambal sardin dia pun sedap. Datang awal, kalau lambat habis (buka untuk breakfast je)
- Seksyen 9 :
- Cili merah - breakfast roti jala dia sedap! lunch pun banyak lauk sedap2
- Zam Zam - try nasi beriyani ayam dia sedap. Nasi mandy, khabsah pun sedap.
- Nasi arab Hadramaut (satu bangunan dengan Concorde hotel) - nasi arab dengan lamb dia sedap. tapi harga agak mahal sikit, dan kedai dia sunyi je takde orang haha
- Nyonya Kitchen (Plaza Masalam) - ikan gerang asam (ke asam pedas) sedap!!
- Famous Thai (Plaza Masalam)
- Seksyen 10 :
- Restoran Azira - selection menu utk breakfast dan lunch yang banyak
- Restoran Hatinie - lauk tengahari banyak choice
- Nasi Ayam Pak Mal (restoran)
- Seksyen 11 :
- Nasi Ayam Pak Mal (gerai belakang caltex) - terkenal sejak berkurun hehe
- Night Circle - Nasi bubur berlauk sedap
- Seksyen 13 :
- Homst (belakang tesco extra) - chinese muslim
- Upin Ipin (belakang tesco extra) - satay dia sedap
- Qaseh Bistro (belakang tesco extra) - macam2 makanan ada sini
- Kafe Warisan (laman seri) - Cucur ikan bilis dan lempeng kelapa yang sedap
- Mexican grill (laman seri) - western food yang macam tempat2 mahal, tapi dengan harga murah.
- Mr. Steak House (laman seri) - Western food yang murah dan sedap dan sentiasa ramai orang.
- Laman grill (laman seri) - restoran kepunyaan chef Zubir yang masterchef tu. Western food, pasta2 yang sedap. Semua sedap tapi harga agak mahal, standard harga dekat Chilis, Tony Romas macam tu la. Try Meat Lover's combo platter bagi pencinta daging. memang macam2 jenis masakan daging ada dan hasilnya adalah sangat kenyang hehe
- Mon Rod (laman seri) - malam2 ada live band seronok utk lepak2
- Cendol penang (dalam Giant foodcourt) - sedap dan portion yang sangat banyak
- Nasi lemak cinta sayang - sentiasa ramai
- Restoran Hasan ayam kampung - nasi campur bertema lauk2 pantai timur dengan ayam kampung goreng yang very juicy, letak je habis, letak je habis. Seketul tak cukup sorang. Kena ambik berketul2 hihi
- D'Kayangan Steambot - selection dia banyak giler, siap ada grill2 lagi
- Tupai-tupai - suasana kedai menarik, romantik2 gitu. Steamboat situ pun sedap.
- Seksyen 14 :
- Uncle K (sacc mall)
- The teapot deli (sacc mall) - makanan ala inggeris, fish pie, scones, quiche, beef pie yang isi2 dagingnya besar. Roasted chicken yang the bestest. Nasi tomato (jumaat dan sabtu) yang tersangat best macam makan dekat rumah.
- Restoran Tasik Indah - restoran ni menarik sebab atas tasik shah alam tu, belakang plaza alam sentral. makanan sedap2. try their bamboo fish, ikan hodoh tapi isi sedap hehe
- Seksyen 15 :
- Adam Lai - chinese muslim restaurant. masakan dia semua sedap2..serius ni!
- Restoran Temerloh Catering - kalau nak makan ikan patin masak tempoyak boleh la mai sini. sedapppp
- Seksyen 16 :
- Cendol Pak Akob (depan masjid) - cendol simple tapi sedap, popular sejak sekian lama.
So apa lagi boleh la kome2 try nanti ye. Nak tau lebih lanjut sila la google ye memasing.
**punya la panjang list. Senarai2 restoran ni mana yang pernah dicuba je tau, selain dari ni yang tak pernah dicuba takde la dalam list. Tapi ada jugak yang tak termasuk dalam list sebab tak sedap.hehe.
24 comments:
wow.. xsangka jmpa blog kotak bulat.. salam perkenalan.. :)
nak follow tapi x bule.. bila maw tulis lagi?
thanks kotak..
Salam
Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)
Rakan niaga kami di Shah Alam
Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park . Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm
Mcm menarik kedai capati kt seksyen 8 tu :).. klu nk mkn nasi goreng ayam panggang yg best, bole try kt kedai kopi pak ngah seksyen 8 dekat dgn ipk.. mmg sedap:).. tapi ari ahad kedai ni tutup..
byk gak kedai mkn yg best2 kt shah alam ni:)..
satay kat upin ipin mmg sedap ke?
slalu beli kat sek 11 je....
Terima kasih..info blog nie sangat berguna pada saya yg tengah tak de idea nak makan kat Shah Alam. Tambah lagi list tu from time to time..
Wau..bole cuba ni..dah lame carik kedai2 makan sedap kat shah alam..cam susah je nak jmpe..haha
Kne g luar shah alam je..
But after diz bole la try kedai2 dlm senarai tu..
Rest Zam Zam kt seksyen 9 tu xpayah pegilah...bknnye bersih makanan dia.
Pernah terkena wife mkn Chicken Mandy, tgk2 ada byk telur lalat kt dlm isi ayam. Uwekkk! Komplen kt manager restoran tu, dia nk bg ganti makanan lain.
Tak hinginla wife aku... yg dah served tu pun kotor.
Ini bkn citer nk sabotaj tau, siap ada bukti bergmbr lg.
Just nk bg reminder kt sapa2 yg teringin nk mkn kt sana je.
Seksyen 16 ada Restoran Pak Su Corner time lunch ada macam2 lauk menarik dan pelbagai jenis =)
Slamat tak pegi. Actually almost all restaurant mmg tsk brapa bersih. Kalau basuh raw foods tu ala kadar je. Kalau nak cerita bersih..kenala masak sendiri. FYI lalat mmg suka bertelur kat ayam especially tmpt yg tersorok dan ada tulang mcm ribs, so nasib awak mmg tak baikla at that time.. itupun sbb wife awak kenal telur lalat tu.. kalau tak .. mengandungkan anak lalat la jwbnya
bestnye..
memang tgh mencari2 ni..
tq for ur detail info..
Tq sngt for ur unfo. .Today my big day so blh choose either one rest on ur listed
Terbaik bro
Hassan aym kampong tu kat ne wei..?
Tq for info..mmg habit jalan2 cari makan...terbaik
Best! Bagus buat list gini.. senang nak tengok :) Senang-senang jemput lawat kindhearty.blogspot.com
Dah cuba mee bandung teh lari kafe. .tak sedap ..harap dpt oerbaiki
Klo nk bfast best pg kat pasar awam seksyen 6 che kams cafe..suka sgt bihun sup,kuetiaw ,mee jawa..terbaikk..
mawaddah seksyen 4 has one of the better roti canai, bubur and nasi lemak paket, lunch also not bad la.
pehh ni mesti kaki tegar jalan2 cari makan kat shah alam ni.
sbg seorng penduduk shah alam tetap dari kecik,aku kenal tempat2 ni huahahauaaha
seksyen 7
Pak Li tak masuk senarai ke...terbaekk tu
Sri Siantan Corner seksyen 7 pun ok gak... x mengecewakan... wifi pun laju
Roti puri tu kedai mamak ke?
Post a Comment