Thursday, June 2, 2011

Yong Tau Foo dan kawannya

Tadi ambik late lunch yong tau foo kat satu kedai yong tau foo kat the Gardens ni. Memang suka makan situ sebab sup and sambal dia sedap. Selalunya jarang ambik sayur sebab sayur dia tak menarik. Tapi tadi pergi ambik pulak sayur macam kobis kecik2 comel2 tu.Arghh tak tau nama, chinese cabbage kot.

Lebih kurang macam ni la, dia potong separuh2


So ambik set sup dengan nasi. Makan la dengan jayanya dan sedapnya. Lagipun tengah kelaparan sebab masa tu dah nak dekat pukul 3. Dah separuh makan, ternampak sesuatu yang pelik. Maka daun sayur itupun dikuis2, sekali keluar lah benda seperti gambar di bawah ini.


yer..lebih kurang macam ni tapi berwarna putih sebab dah masak kena celur..huhu


Ewww...rasa nak termuntah pun ada. Lepas tu boleh pulak terfikir, oh..sayur kalau ada ulat maksudnya sayur tu elok. Maka meneruskan makan, sebab sangat lapar dan menutup cacing tersebut dengan tisu..huhu. Tapi masa makan, masih terbayang2, maka telah memberhentikan proses pemakanan. :( Sebab terfikir, cacing itu telah mati kerana dicelur dalam air yang panas, lepas tu kuman2 yang ada kat cacing u telah merebak ke dalam sup.. eurghhh...

Maka, tinggalkan makanan beserta cacing dalam dulang dan berlalu pergi mencari makanan lain. Hmm kalau orang lain macamana ye, teruskan makan or berhenti serta merta.

Sekarang masa tengah menulis post ni, rasa macam gatal2 lak tekak.. wekkk :(

Taknak lah makan kat situ dah walaupun sedap.. wekkk.. yelaa, manala diorang perasan kan cacing tu duk di celah2 sayur..tapi..err.. tetapp wekk jugak :(

Saturday, March 19, 2011

Nasi padprik daging

Dah lama tak makan nasi padprik. Tadi kat fb nampak status kawan katanya malam ni makan nasi padprik bersama milo tabur. Fuhh giler tak terliur mendengarnya?

Maka tadi dengan tak semena2 telah menapau nasi padprik daging. Walaupun sebenarnya adalah sangat kekenyangan. Fuhh memang sedap lah kan. Dah lama giler tak makan ni. Slrrppp.

Ok. Tu jer :)

Thursday, March 17, 2011

Kawan semasa susah? senang?

Bila senang, ditinggalkan.
Bila susah, dicari.

Ini antara jenis kawan yang ada disekeliling saya. Masa dia senang, gembira, kita ditinggalkan. Pergi mencari kawan lain untuk berkongsi kegembiraan. Kita yang ada ditepi, tidak diendahkan. Jeling pun tak mahu.

Tapi, bila susah, sedih atau ditinggalkan kawan2 semasa gembira tu, mula lah kita ni dicarinya. Kita ni pun menadah telinga mendengar segala permasalahan, menemaninya. Tapi tak lama, bila gembira semula, kembali seperti keadaan asal.

Kerana kasihan dan tak sampai hati, kita masih setia di sisi menanti masa susahnya. Kerana hanya ketika itulah dia akan kembali mencari kawan yang disisihkan ni.

Aku? Tetap di sini. Menjalani kehidupan seperti biasa.

Tuesday, March 15, 2011

Easy life? Complicated?

Kadangkala (atau selalunya) kita terpikir yang kenapa hidup ini terlalu rumit? Kenapa nampak orang lain macam ok je, best je hidup diorang. Kenapa aku takleh ada life macam tu?

Sebenarnya hidup ini tak rumit. Diri kita sendiri yang sebenarnya menjadikan ia rumit. Dalam kita tak sedar, perangai kita sendiri itu sebenarnya membatasi ke-simple-an hidup ni. Kau salahkan semua benda di sekeliling kau, semua orang2 di sekeliling termasuklah keluarga dan kawan baik sendiri. Tanpa menyedari kesalahan yang telah kau lakukan pada orang lain. Wajar kah kau meletak semua kesalahan atas peha (asyik bahu je kan :P) orang lain dan menganggap hanya kau sahaja yang betul sehingga menidakkan hak orang lain?

Bila ada yang menasihati, kau endahkan atau kau menunjuk reaksi seakan2 kau akan terima nasihat tersebut dan berubah. Tapi sebaliknya kau tetap seperti biasa dan putuskan harapan orang sekeliling untuk lihat kau berubah.

Kadangkala sesuatu kejadian itu berlaku adalah untuk menyedarkan diri kita supaya berubah dan berusaha menjadi lebih baik. Usah hanya bercakap kosong dan berjanji setinggi langit. Harus ingat, jangan berjanji jika tahu diri tak dapat nak melaksanakannya. Akan ada hati yang merana dan hampa.

Kesimpulannya berbalik pada diri sendiri. Fikir dan kaji kenapa hidup ini sebenarnya tidak rumit. :)

Monday, March 7, 2011

kopi c ais

saya mahu kopi c ais..saya mahu kopi c ais..
i'm addicted to it already. bagaimana ni?
malas mahu turun beli, tapi saya mahu.
oh tidak. harus gigihkan diri ni.

Thursday, February 24, 2011

makanan di malam hari

Tadi petang turun beli dinner. Serius macam dah bosan and tak tau nak makan apa dah kat sini. So last2 beli la subway tu tapi in wrap, bukan roti. On the way balik maka telah menyiggahkan diri di cold storage dan telah membeli spageti di bahagian salad-saladan kerana tak tahan nafsu setelah lama tidak membeli.

Makanya disini yer kawan2, saya ada 2 dinner. dan telah mengambil keputusan makan spageti di waktu petang dan subway di waktu malam. Jam sekarang menunjukkan pukul 8:55pm dan subway itu masih di situ. Apa yang kita perlu buat dengan dia? makan atau....
hmm..ok kita bawak balik dah makan di rumah lah..takkan nak buang.. sayang rejeki.

so apa kesimpulan pada cerita saya di atas? tiada.titik.merapu lagi.

Update di 2011

Wow! since last entry ke entry hari ni.. dah setahun blog ni senyap..kesian betol..sorry yer si kotak ;)

so selamat datang 2011. awak apa khabar? "eh dah bulan 2 baru nak tanya khabar ke?" kata si kotak. Erkk..sorry again :)
ok stop merapu merapan.

well macam biasa, kerja makin banyak. ingat lepas transition boleh la kurang kerja, tapi makin bertambah banyak. cepat la bulan 5 so saya dan kami boleh beredar dari projek ini. aku bosan..bosan pada dirimu.

ok sampai jumpa lagi. "erk..dah habes? apsal kejap sgt? dah lama setahun tinggalkan..ish" oopss sorry la jumpa sok k si kotak. nak sambung buat kerja ni :)