Saturday, March 19, 2011

Nasi padprik daging

Dah lama tak makan nasi padprik. Tadi kat fb nampak status kawan katanya malam ni makan nasi padprik bersama milo tabur. Fuhh giler tak terliur mendengarnya?

Maka tadi dengan tak semena2 telah menapau nasi padprik daging. Walaupun sebenarnya adalah sangat kekenyangan. Fuhh memang sedap lah kan. Dah lama giler tak makan ni. Slrrppp.

Ok. Tu jer :)

Thursday, March 17, 2011

Kawan semasa susah? senang?

Bila senang, ditinggalkan.
Bila susah, dicari.

Ini antara jenis kawan yang ada disekeliling saya. Masa dia senang, gembira, kita ditinggalkan. Pergi mencari kawan lain untuk berkongsi kegembiraan. Kita yang ada ditepi, tidak diendahkan. Jeling pun tak mahu.

Tapi, bila susah, sedih atau ditinggalkan kawan2 semasa gembira tu, mula lah kita ni dicarinya. Kita ni pun menadah telinga mendengar segala permasalahan, menemaninya. Tapi tak lama, bila gembira semula, kembali seperti keadaan asal.

Kerana kasihan dan tak sampai hati, kita masih setia di sisi menanti masa susahnya. Kerana hanya ketika itulah dia akan kembali mencari kawan yang disisihkan ni.

Aku? Tetap di sini. Menjalani kehidupan seperti biasa.

Tuesday, March 15, 2011

Easy life? Complicated?

Kadangkala (atau selalunya) kita terpikir yang kenapa hidup ini terlalu rumit? Kenapa nampak orang lain macam ok je, best je hidup diorang. Kenapa aku takleh ada life macam tu?

Sebenarnya hidup ini tak rumit. Diri kita sendiri yang sebenarnya menjadikan ia rumit. Dalam kita tak sedar, perangai kita sendiri itu sebenarnya membatasi ke-simple-an hidup ni. Kau salahkan semua benda di sekeliling kau, semua orang2 di sekeliling termasuklah keluarga dan kawan baik sendiri. Tanpa menyedari kesalahan yang telah kau lakukan pada orang lain. Wajar kah kau meletak semua kesalahan atas peha (asyik bahu je kan :P) orang lain dan menganggap hanya kau sahaja yang betul sehingga menidakkan hak orang lain?

Bila ada yang menasihati, kau endahkan atau kau menunjuk reaksi seakan2 kau akan terima nasihat tersebut dan berubah. Tapi sebaliknya kau tetap seperti biasa dan putuskan harapan orang sekeliling untuk lihat kau berubah.

Kadangkala sesuatu kejadian itu berlaku adalah untuk menyedarkan diri kita supaya berubah dan berusaha menjadi lebih baik. Usah hanya bercakap kosong dan berjanji setinggi langit. Harus ingat, jangan berjanji jika tahu diri tak dapat nak melaksanakannya. Akan ada hati yang merana dan hampa.

Kesimpulannya berbalik pada diri sendiri. Fikir dan kaji kenapa hidup ini sebenarnya tidak rumit. :)

Monday, March 7, 2011

kopi c ais

saya mahu kopi c ais..saya mahu kopi c ais..
i'm addicted to it already. bagaimana ni?
malas mahu turun beli, tapi saya mahu.
oh tidak. harus gigihkan diri ni.